Marco Tardelli: Dia Boleh Main Ski Sedangkan Rakan Sepasukan Sedang Bergelut
Serie A
@paulpogba
Advertisements

Gelagat Paul Pogba terus membuatkan ramai penyokong dan legenda Juventus naik angin. Terbaru, tindakannya bercuti dan bermain ski di sebuah resort percutian musim sejuk pada Disember lepas mengundang kemarahan legenda Itali Marco Tardelli.

Tardelli merasakan pemain tengah Perancis itu terlalu mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira apa yang berlaku kepada Juventus di atas padang. Jika keadaan ini berterusan, Pogba bukan lagi aset tetapi beban kepada kelab gergasi Itali itu.

“Pogba tidak bermain sejak April 2022 semasa dia masih di Manchester. Ini sekarang menjadi masalah kepada Juve, kami tak tahu bila dia akan kembali beraksi dan kami tak tahu apa dia nak lakukan. Pogba pergi berski ketika rakan-rakan sepasukannya bergelut dengan isu besar di Juventus.

Advertisements

“Hari ini, (Paul) Pogba merupakan masalah besar yang perlu diselesaikan oleh Juventus. Situasi ini turut menunjukkan kelab tidak mempunyai idea-idea jelas.

“(Massimiliano) Allegri (pengurus Juventus) perlu mengambil alih daripada saya, ia tidak mungkin mempunyai pemain sebegini yang menerima gaji. Tingkah lakunya terhadap rakan-rakan sepasukan juga tidak adil kepada mereka. Ia amat mengganggu saya,” katanya dalam program 90 Minute on Rai 2.

Sejak menyertai Juventus dari Manchester United secara percuma tahun lepas, Pogba tidak diturunkan berikutan kerap mengalami kecederaan. Disebabkan masalah ini juga, dia tidak dapat menyertai skuad Perancis untuk Piala Dunia 2022.

Advertisements

Disebabkan hal ini, kelab sudah mula menimbang pilihan mereka berkenaan Pogba. Walaupun menafikan hendak menamatkan kontraknya seperti dilaporkan oleh Fabrizio Romano, ia boleh saja berubah sekiranya masalah kewangan yang membelenggu Juve gagal diatasi segera.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram