Mark Jackson Tetap Waspada Aksi Kedua Lawan JDT
MakanBola
Buriram United

Pengendali Buriram United, Mark Jackson mahu para pemain kekal bersedia serta fokus apabila turun bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir kedua Shopee Cup

Pertembungan epik di Chang Arena pada Rabu akan menjadi penentu nasib dua kelab gergasi Asia Tenggara iaitu Buriram United dan JDT dalam perjalanan menuju ke pentas final ACC Shopee Cup.

Kelebihan dua jaringan kini memihak Buriram United selepas juara Liga Thailand itu berjaya menumpaskan JDT 3-1 dalam aksi timbal balik pertama minggu lalu hasil sentuhan berbisa Guilherme Bissoli.

Oleh itu, Mark Jackson meletakkan harapan yang tinggi bagi membantu Buriram United memperoleh kemenangan meski sedar tentangan sengit apabila berada di peringkat separuh akhir ini

“Sudah tentu harapan kami adalah untuk memenangi aksi ini, namun kami sedar tahap bagi pertandingan seperti ini begitu sukar.”

Beliau melihat prestasi cemerlang di Stadium Sultan Ibrahim lalu bukanlah jaminan buat pasukannya memandang mudah cabaran JDT kali ini selain inginkan persembahan lebih baik esok hari.

”Apa yang kami tonjolkan ketika aksi separuh akhir pertama lalu adalah menakjubkan tetapi itu bukanlah tiket buat kami memandang rendah perlawanan kedua kali ini.”

”Jadi kami perlu fokus dan bersedia untuk aksi ini selain kami perlu meningkatkan persembahan bagi pertarungan bertemu JDT,” ulas Mark Jackson ketika sesi sidang media.

Aksi Buriram United vs JDT bakal berlangsung pada Rabu, 13 Mei di Chang Arena dengan sepak mula dijadualkan jam 8.00 malam waktu Malaysia.