Masa Depan Azurin Mazlan Jadi Tanda Tanya
Dunia
Instagram-azurinmazlan_
Advertisements

Masa depan penjaga gol bola sepak wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan kini menjadi tanda tanya oleh kerana kontrak beliau bersama Misaka United sudah tamat.

Menurut satu kenyataan daripada Azurin, beliau kini masih menunggu keputusan daripada All India Football Federation sama ada pasukan yang diwakilinya (Misaka United) mendapat slot ke Indian Women League (IWL) atau tidak.

Penjaga gol berusia 22 tahun ini menyatakan jika Misaka United mendapat slot ke IWL, kemungkinan besar beliau akan kembali beraksi semula bersama kelab tersebut seperti yang dilaporkan Bernama.

Advertisements

“Sekarang kami masih lagi menunggu keputusan dari All India Football Federation (AIFF) sama ada Misaka United mendapat slot untuk ke Indian Women League (IWL) atau sebaliknya.

“Sekiranya Misaka United dapat ke IWL, mereka mungkin akan memanggil saya kembali,” kata Azurin kepada Bernama.

Untuk rekod, Azurin Mazlan sebelum ini telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dalam saingan Liga Wanita Karnataka bagi musim 2021/22.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram