Masa Depan Diogo Bersama JDT Samar
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Masa depan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dari Brazil, Diogo Luis Santo bersama pasukan itu dilihat samar hari ini.

Ini susulan pendedahan pemilik JDT FC dan TMJ, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bahawa Harimau Selatan bakal membawa seorang pemain import baru dalam pasukan.

Kedudukan Diogo dalam bahaya kerana penyerang berusia 36 tahun itu pernah mengalami kecederaan selama beberapa bulan.

Advertisements

“Bagi saya, kemungkinan besar ada pemain foreign baru yang akan dibawa masuk untuk add more competition within the squad. Dan juga untuk memperbaiki pasukan kami.

“Macam buat masa ini, kami tahu Diogo injured selama beberapa bulan. Anda kami tahu bahagian mana yang memerlukan foreign player.

So, dalam perancangan itulah yang dirancangkan. Kami sudah discuss dan berunding buat masa ini. Sudah tentu akan ada agenda untuk memperbaiki pasukan,” kata baginda dalam sesi soal jawab yang disiarkan di halaman Johor Southern Tigers.

Advertisements

Ketika ini, JDT FC mempunyai Diogo, Bergson da Silva, Juan Muniz, Oscar Arribas, Jordi Amat, Shane Lowry, Leandro Velasquez dan Fernando Forestieri sebagai awang import mereka.

Diogo merekodkan 11 penampilan dalam semua kejohanan. Bekas penyerang BG Pathum United itu turut menjaringkan tujuh gol dan mencipta empat bantuan gol dalam Liga Super.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram