Didakwa Dari Masa Depan, Individu Ini Ramal England Tewas Kepada Itali
Hiburan
Advertisements

Itali dan England bakal bertemu dalam perlawanan akhir Kejohanan EURO 2020 di Stadium Wembley, London.

Perlawanan ini menjadi satu kegilaan terutamanya buat penyokong England yang menunggu berpuluh tahun untuk melihat England kembali ke perlawanan akhir dalam kejohanan sebesar ini.

Namun rata-rata penyokong England mula risau setelah tular individu yang mendakwa beliau adalah dari masa depan dan ramalan keputusannya yang dibuat sejak sekian lama ternyata benar.

Advertisements

Lebih menghairankan beliau sampai tahap mampu memuat naik video dengan individu yang bakal menjaringkan gol.

Tiada siapa tahu samada manusia boleh pergi ke masa depan dan patah balik ke zaman ini memandangkan masih belum ada bukti sains yang dapat mengesahkannya namun apa yang NSH Official paparkan benar-benar meletupkan minda.

Beliau Menyatakan England Akan Menewaskan Ukraine

Advertisements

Pertama, NSH memuat naik video England akan menewaskan Ukraine 4-0 dan ianya dimuat naik sehari sebelum perlawanan.

Selepas itu beliau menyatakan England dan Italy akan ke final dan ianya benar-benar terjadi. Lebih menyakitkan, dalam video itu beliau menjelaskan England akan tewas kepada Italy 2-1 dalam perlawanan akhir.

Diruangan komen penyokong native England yang memikirkan bola sepak kembali ke rumah mula risau dan berubah menjadi dungu dan kehidupan mula tidak terurus.

Advertisements

Hanya dalam masa beberapa hari, video England – Itali NSH menerima jumlah sukaan melebihi 550,000 dengan jumlah perkongsian melebihi 20,000.

Kemas Kini: England tewas menerusi sepakan penalti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram