“Masih Ada Peluang Osmar Barba Ke Liga Malaysia” – Zulhelmi
Transfer
AFC
Advertisements

Arena bola sepak Malaysia kini hangat dengan spekulasi perpindahan pemain termasuk pemain import.

Terbaru, portal Korea Selatan, Sports Chosun melaporkan bekas bek tengah FC Seoul, Osmar Barba bakal beralih angin ke Malaysia dengan menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Bek tengah berusia 35 tahun itu dikatakan sudah memilih Sang Kenari sebagai pasukan barunya selepas meninggalkan saingan K-League 1.

Advertisements

Bagaimanapun, spekulasi tersebut dinafikan oleh pengurus pasukan Kedah, Joe Rozi apabila ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Saya tak tahu macam mana media Korea boleh dapat benda (berita) itu. Dan saya nafikan benda itu.

“Jadi, saya minta maaf kepada penyokong kerana tak dapat mengambil pemain bertaraf bintang yang sekarang sudah jadi orang lama di pasukan itu (FC Seoul),” katanya semalam.

Advertisements

Meskipun begitu, ini bukan bermakna peluang buat pasukan-pasukan Liga Malaysia mendapatkan Barba sudah tertutup.

Menurut hemat Zulhelmi, perpindahan tersebut masih boleh direalisasikan menerusi isu kontrak. Ini kerana pemain-pemain pastinya ingin menilai bukan saja bayaran gaji dan insentif yang ditawarkan kepada mereka.

Malah, mereka juga ingin tahu tempoh kontrak yang ditawarkan kepada mereka sebelum sebarang keputusan diambil.

Advertisements

“Tapi jika ke Liga Malaysia (Liga M) itu, (ada) kemungkinan (perpindahan Barba) itu berlaku. Mungkin itu yang difahamkan oleh media Korea Selatan itu ke Liga M, mungkin destinasinya tidak tahu.

“Ia berbalik kepada isu kontrak di mana pemain terbabit mungkin menilai dan memilih pasukan yang boleh memberi kontrak panjang kepada beliau.

“Contohnya, ada pasukan yang bermula pada bulan dua (Februari). Sudah pasti dia akan memilih pasukan yang bermula pada bulan dua (Februari). Berbanding pasukan yang mungkin (memiliki) bajet kecil sedikit dan bermula lewat pada bulan tiga (Mac) atau bulan empat (April).

Advertisements

“Itu tidak akan menjadi pilihan, mereka akan jadi pilihan kedua dan ketiga. Itulah sebab kita bangkitkan isu kontrak itu, perlu ada pelarasan. Kita faham MFL memahami (isu kontrak kelab) bergantung kepada dana dan sebagainya

“Dan untuk isu Barba ini, masih lagi ada peluang kehadirannya di Liga M. Kemungkinannya ada tapi untuk pasukan Kedah, sudah tamat,” katanya kepada penyampai Nadi Weekend, Farish Aziz dan Fariha Razak semalam.

Mengikut data Transfermarkt, Barba sudah merekodkan 344 penampilan, 25 gol dan 13 bantuan gol. Selain FC Seoul, beliau juga pernah beraksi untuk Cerezo Osaka, Racing Santander dan Buriram United.

Nilai terkini beliau di pasaran perpindahan ialah €550,000 (RM2.8 juta), kurang sedikit jika dibandingkan dengan beberapa pemain import Liga M seperti Jordi Amat, Fernando Forestieri dan Jalil Elias.

Amat memiliki nilai perpindahan €800,000 (RM4.1 juta), Forestieri (RM3.5 juta) dan Elias (RM15 juta).

Meskipun berusia 35 tahun, pengalaman luasnya beraksi di Korea Selatan dan Asia amat berguna kepada mana-mana pasukan Liga M.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram