“Masjid Beri Ketenangan Luar Biasa” – Lamine Yamal
MakanBola
Lamine Yamal

Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal menyifatkan pengalaman berada di masjid memberi ketenangan yang luar biasa.

Daily Sabah melaporkan anekdot itu dikongsikan pemain berusia 18 tahun itu ketika berada di Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Yamal menyifatkan sesiapa yang bertandang ke masjid pasti akan merasa tenang terutama bagi orang Islam.

“Masjid memberikan seseorang ketenangan yang luar biasa. Tak kira apa anutan agama anda, bila anda pergi ke situ, anda akan rasa tenang.

“Bagi orang Islam, ketenangan ini jauh lebih istimewa,” katanya.

Meskipun menjadi tonggak utama Barca dan Sepanyol, Islam kekal menjadi pegangan hidup Yamal. Sebelum perlawanan bermula, graduan akademi La Masia itu dilihat berdoa seketika.

Malah, Yamal tetap berpuasa pada bulan Ramadan walaupun semasa bermain. Beliau turut berterima kasih kepada Barcelona kerana bersikap fleksibel dan menyokong pegangan beliau.

Yamal juga turut dilihat kerap menunaikan solat berjemaah bersama pemain Muslim lain. Beliau turut berkongsi gambar menziarahi masjid-masjid di luar negara semasa bercuti.

Refleksi Yamal berhubung hal ini mirip dengan refleksi pemain Muslim lain seperti Mohamed Salah dan Achraf Hakimi. Islam terus menjadi pegangan meskipun beraksi di peringkat tertinggi.

Claim Money Packet TnG