Mat Yo Percaya Kemampuan De Paula Mampu Benam Vietnam
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Bekas penyerang skuad kebanggsaan, Norshahrul Idlan Talaha mahu De Paula ketuai jentera serangan Malaysia berdepan pasukan Vietnam malam ini.

Penyerang Sarawak United itu menyatakan bahawa pertahanan Vietnam bermain secara hard marking sepanjang permainan. Dengan saiz fizikal yang baik, De Paula merupakan pemain yang sesuai untuk menembusi pertahanan pasukan Vietnam sekaligus dapat menjaringkan gol.

Pemain yang dikenalii sebagai ‘Mat Yo’ itu menegaskan bahawa Paula perlu mencipta gerakan-gerakan berbahaya dalam kawasan pertahanan Vietnam selain menggunakan kelebihan fizikal.

Advertisements

Mengulas lanjut, pemain berusia 35 tahun itu berpendapat bahawa jurulatih kebanggsaan, Tan Cheng Hoe perlu memupuk sifat semangat juang yang tinggi kepada Paula untuk terus bekerja keras ibarat seperti perlawanan akhir.

“Saya akan pilih depaula bermain sebagai penyerang menentang Vietnam,”

Advertisements

“Pertahanan Vietnam bermain hard marking,  De Paula ada kelebihan fizikal, cuma perlu melakukan pergerakan lebih ketika menentang Vietnam,” katanya.

“Coach Tan Cheng Hoe perlu bagi motivasi tinggi kepada De Paula untuk lebih berkerja keras dalam padang ibarat tengah bermain di perlawanan akhir,” kata Mat Yo kepada Astro Arena.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram