Mat Yo Tetap Laparkan Kejuaraan, Yakin Dengan Kemampuan Diri
Dunia
melakautdfc_official
Advertisements

Penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha menyifatkan dirinya masih lagi releven untuk beraksi cemerlang di atas padang meskipun dimamah usia.

Walaupun sudah menikmati pelbagai kejayaan sepanjang kariernya, bekas penyerang kebangsaan ini tetap mendahagakan kejuaraan bersama pasukan baharunya, Melaka United.

“Saya tetap laparkan kejuaraan dan diharap satu piala mampu diraih bersama pasukan musim ini.

Advertisements

“Walaupun usia sudah 36 tahun, namun saya percaya masih relevan dalam bola sepak dan mampu membantu Melaka meraih kejuaraan.”

Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo berbesar hati terhadap pasukan Melaka kerana sudi menerima beliau menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.

Mat Yo juga gembira akan sokongan dari ahli keluarnya kerana sentiasa menjadi tulang belakang beliau untuk terus cemerlang sepanjang karier dalam bola sepaknya.

Advertisements

“Saya juga berterima kasih kepada pengurusan pasukan kerana menerimanya sebagai keluarga baharu.

“Saya juga gembira kerana isteri dan anak memberi restu untuk beraksi bersama skuad Hang Tuah selepas menyertai Sarawak United musim lalu,” kata Mat Yo kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram