Matthew Davies Buat JDT Tersenyum Berdepan Lion City Sailors
Persahabatan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies kembali membuat penyokong tersenyum menjelang pertemuan menentang Lion City Sailors.

Pemain berusia 28 tahun itu terlepas panggil skuad Harimau Malaya selepas disahkan mengalami kecederaan bersama-sama rakan sepasukan, Junior Eldstal.

Keadaan ini bagaimanapun dilihat sudah terkawal apabila video latihan terbaru JDT menyaksikan kelibat dua pemain ini sudah kelihatan.

Advertisements

Matt Davies dikesan sudah pun berlatih bersama rakan-rakan menjelang aksi persahabatan antara JDT dan kelab Singapura, Lion City Sailors pada 4 April 2024.

Ketiadaan pemain kelahiran Australia ini jelas memberi kesan yang besar kepada pertahanan Harimau Malaya apabila tunduk dengan keputusan 2-0 dalam dua aksi menentang Oman.

Advertisements

Beliau juga merupakan tonggak penting buat pasukan musim lalu dan menjadi antara pemain dengan minit permainan tertinggi bersama JDT dalam semua kejohanan.

Kelibat beberapa bintang baharu JDT di bawah kendalian Hector Bidoglio sudah pasti menjadi tumpuan peminat terutamanya bagi mengharungi musim yang panjang.

Advertisements

Aksi pertama antara kedua-dua pasukan akan berlangsung pada 4 April 2024 di Stadium Bishan, Singapura sementara perlawanan kedua pada 8 April 2024 di Stadium Sultan Ibrahim.

Video: Matthew Davies Jalani Latihan Bersama JDT

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram