Harimau Malaya
Astro Arena
Advertisements

Pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies tekad untuk membantu skuad Harimau Malaya meraih kemenangan di Kejohanan Pesta Bola Merdeka.

Advertisements

Ketika sesi sidang media pra-perlawanan, Matt akui amat teruja dapat beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya. Beliau turut merindui suasana dan aura di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kita rasa gembira kerana dapat bermain di sini (Stadium Nasional Bukit Jalil) sekali lagi. Sudah hampir setahun sejak kita bermain di Bukit Jalil dan sebagai kumpulan pemain, kita rasa teruja.”

Advertisements

Lebih ramai penyokong yang hadir, lebih bagus (untuk pasukan kebangsaan).”

Kapten pasukan Harimau Malaya ini turut berazam untuk menampilkan persembahan memukau dan bermain sehabis baik untuk membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Advertisements

Beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama membanjiri stadium menyatakan sokongan buat pasukan Harimau Malaya.

“Kami rasa teruja dapat bermain di hadapan penyokong sekali lagi. Dan mereka melakukan tugas yang bagus dengan mewujudkan atmosfera yang bagus untuk kami bermain. Itu yang membuatkan kami mahu bermain dan memberi yang terbaik, ujar Matt Davies kepada Astro Arena.

Malaysia bakal berdepan India, di Pesta Bola Merdeka pada esok, 13 Oktober 2023 jam 9 malam. Pemenang bagi aksi ini bakal berdepan Tajkistan di pentas final pada Selasa, 17 Oktober 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram