Advertising
Matthew Davies Optimis Dengan Kudrat JDT Di ACL
Liga Super
MakanBola
@mattdavies

Biarpun selesa bergelar pendahulu Liga Super ketika ini, matlamat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2023 ialah tampil lebih cemerlang dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL). Dan bagi pemain pertahanan kebangsaan, Matthew Davies, beliau percaya matlamat tersebut boleh direalisasikan.

Saingan ACL musim lepas dianggap paling cemerlang untuk skuad Harimau Selatan. Selain mengungguli saingan di peringkat kumpulan, JDT berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik sebelum ditewaskan juara ACL musim lepas dari Jepun, Urawa Red Diamonds.

Ad

Dengan pasukan nampak lebih mantap di bawah bimbingan Esteban Solari, bekas bek kanan Sri Pahang itu percaya mereka boleh mara lebih jauh dalam saingan ACL kali ini.

Ad

“Ya, saya fikir kita ada peluang yang bagus. Memang jelas kita berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik dan melepasi peringkat kumpulan musim lepas. Saya fikir pasukan kali ini berada pada tahap berbeza berbanding pada tahun lepas.

“Saya fikir kita ada peluang yang bagus. Kita tak boleh leka hanya kerana kita mendominasi liga sebelum kita menyimpan harapan tinggi di peringkat Asia.

Ad

“Tetapi anda tahu kami menjadi lebih baik sebagai satu pasukan dan harapnya kami dapat mara lebih jauh di peringkat Asia walaupun ia sukar,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena.

Ad