Matyo Hadir Beri Sokongan Kepada Rakan Sepasukannya Di Thailand
Dunia
9Matyo9
Advertisements

Bekas penyerang BG Pathum United, Norshahrul Idlan Talaha hadir ke Stadium Cheras bagi menyaksikan pertembungan antara Brunei menentang Thailand dalam kempen Piala AFF 2022 pada semalam.

Beliau hadir memberikan sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan di Thailand suatu masa ketika dahulu. Pada tahun 2020, Norshahrul sempat memperkuat pasukan gergasi Thailand, BG Pathum United.

Norshahrul atau lebih mesra disapa Matyo menzahirkan rasa syukur dapat bertemu dengan teman lamanya. Matyo menjelaskan bahawa hingga kini, hubungan antara beliau dan pemain-pemain Thailand ini memang rapat terutamanya Sarach Yooyen.

Advertisements

“Sejujurnya memang saya benar-benar rapat dengan beberapa pemain Thailand ini. Ketika berkelana disana, banyak perkara baik yang saya pelajari dan Thailand banyak mengajar saya erti kekeluargaan dan hormat menghormati.”

Penyerang berusia 36 tahun ini juga mendoakan yang terbaik buat skuad Harimau Malaya. Malaysia bakal berdepan Myanmar dalam aksi pertama saingan Piala AFF 2022 hari ini.

“Buat skuad Harimau Malaya, saya doakan yang terbaik. Moga kejayaan milik kita,” ujar Matyo ketika ditemubual MakanBola.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram