Matyo Mahu Harimau Malaya Agresif Buru Jaringan Di SNBJ
Dunia
Football Tribe
Advertisements

Bekas penyerang BG Pathum United, Norshahrul Idlan Talaha menegaskan Harimau Malaya harus agresif memburu jaringan sebanyak yang mungkin untuk bekalan mereka apabila bertandang ke Bangkok nanti bagi aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022.

Norshahrul atau lebih mesra disapa Matyo mengakui Thailand antara pasukan yang sukar ditandingi, majoritinya mempunyai pemain berpengalaman luas dan pernah beraksi di Liga Jepun.

Dalam pada itu, pemain berusia 35 tahun itu menjelaskan jaringan yang banyak bukan sahaja untuk bekalan, tetapi ianya juga untuk pasukan supaya lebih selesa apabila bermain di tempat lawan nanti.

Advertisements

“Kita kena cari gol lebih untuk bekalkan jaringan apabila bertandang ke Bangkok nanti.”

“Ia untuk keselesaan pasukan apabila bermain di tempat lawan nanti, bukan senang untuk bermain di Bangkok sebab saya tahu main dengan Thailand ini majoritinya pemain mereka pengalaman luas, ramai main di Liga Jepun,” ujarnya.

“Liga Thailand pun lagi baik daripada kita. Saya nasihatkan pemain kita kalau boleh cari gol awal dan dapatkan bekal semampu boleh sebelum pergi ke Bangkok,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

Untuk rekod, Norshahrul pernah beraksi di Liga Thailand bersama kelabnya BG Pathum United pada tahun 2020. Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad kebangasaan yang menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2010.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram