Matyo Tak Mahu Dirinya Hanya Digunakan Untuk ‘Marketing’ Sahaja
Dunia
NSTP
Advertisements

Penyerang senior negara, Norshahrul Idlan Talaha semalam menafikan dirinya bakal kembali memperkuat pasukan The Red Warrior. Sejak kebelakangan ini, telah tular banyak berita yang mengaitkan pemain berusia 35 tahun itu ke Kelantan.

Norshahrul atau lebih mesra dengan jolokan Matyo telah tampil menjelaskan situasi sebenar di Instagram pada ruangan komen. Menurut Matyo, ada beberapa pasukan yang menyatakan minat dan membuat rundingan untuk mendapatkan khidmatnya.

Walaubagaimanapun, Matyo menegaskan bahawa jika pasukan itu berminat untuk mendapatkan beliau hanya sekadar untuk meraih marketing, maka Matyo tidak berminat. Tambahnya, hidup beliau sebagai seorang pemain bola sepak, bukan untuk meraih marketing.

Advertisements

“Ada beberapa lagi team yang membuat rundingan tetapi kalau marketing lebih dari betul saya tak minat. Maafkan saya, sebab hidup saya sebagai pemain bolasepak lebih pada hasilnya dari marketing.”

Bekas penyerang The Red Warrior ini juga menyatakan bahawa beliau tidak akan menandatangani kontrak bersama pasukan Kelantan. Ujar Matyo, yang pastinya adalah beliau telah mengikat kontrak selama setahun bersama Astro Arena.

“Yang confirm, saya sign bersama Astro Arena kontrak selama setahun, Maafkan saya, saya tidak sign dengan TRW, tulis Norshahrul diruangan komen.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram