Advertising
Mauricio Pochettino Mahu Kekal Di Chelsea 25 Tahun Lagi
MakanBola
Chelsea FC
Sponsors

Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berharap dapat kekal sebagai pengurus pasukan itu untuk 25 tahun yang seterusnya.

Pengurus berdarah Argentina mengeluarkan komen sedemikian bila ditanya sama ada beliau mahu kembali menjadi pengurus Tottenham Hotspur pada masa akan datang.

Ad

Bagi Pochettino, beliau tidak menolak jika perkara itu berlaku. Namun begitu, pada masa sama, beliau berharap dapat kekal komited membantu The Blues kembali menjadi kelab gergasi yang disegani.

Ad

“Kenapa? Harapnya, saya dapat kekal di sini sehingga saya mati. 20 atau 25 tahun tapi anda tidak tahu dalam bola sepak.

“Ianya sebuah kelab, pastinya jika saya tidak bekerja, mungkin jika mereka mahukan saya satu hari nanti…Siapa tahu?” katanya seperti dilaporkan oleh Football London.

Ad

Begitupun, komen tersebut menimbulkan kemarahan penyokong Chelsea yang menganggap dirinya masih dibayangi dengan kesetiaan terhadap kelab utara London itu.

Ad

Pochettino berharap dengan kemenangan 4-1 yang diraih ke atas Spurs pada awal pagi tadi, ia sekurang-kurangnya dapat meredakan kemarahan mereka terhadap beliau.

Kemenangan 4-1 itu diraih menerusi hatrik Nicolas Jackson dengan satu lagi gol disumbang oleh penyerang England, Raheem Sterling.

Sementara Dejan Kulusevski pula menyumbat gol tunggal buat tuan rumah. Tottenham juga dipaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas Cristian Romero dan Destiny Udogie dibuang padang.