Ads
Media Argentina Kembali Berbicara Tentang Jalil Elias
Eropah
Johor Southern Tigers

Media Argentina kembali menyebut tentang tonggak tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada awal musim daripada kelab Argentina, San Lorenzo.

Advertisements

Bintang tengah pasukan kebangsaan Syria itu hanya beraksi dalam satu perlawanan sahaja bersama JDT ketika menentang Negeri Sembilan sebelum tiada dalam skuad bagi tiga aksi berikutnya.

Advertisements
Advertisements

Ketiadaan Jalil Elias menjadi tanda tanya peminat tatkala beliau masih menjalani latihan seperti sediakala.

Laporan daripada media Argentina, Debate San Lorenzo memaklumkan mengenai pemain ini yang dikatakan berada dalam radar bekas pasukannya kembali.

Advertisements

San Lorenzo dikhabarkan menunjukkan minat untuk mendapatkan semula khidmat jeneral tengah berbakat ini untuk memperkuat pasukan dalam saingan Argentine Primera División.

“Perancang tengah itu memiliki pengalaman beraksi di Malaysia tetapi kelab (San Lorenzo) memujuknya untuk kembali bersama pasukan,” jelas laman tersebut.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai Jalil Elias dan juga JDT ketika ini.

“Jalil Elias pemain yang bagus tetapi kami memiliki pemain dan skuad yang baik. Jadi ini merupakan hanya satu keputusan yang dibuat pada perlawanan ini,” ujarnya kepada Astro Arena.

Advertisements

Beliau tidak tersenarai dalam skuad JDT bagi tiga aksi terakhir iaitu ketika menentang KL City, Kelantan DN dan juga Sri Pahang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram