Advertisement
Media Bebas Jepun & Korea Bangga Dengan Kemenangan JDT
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kemenangan pasukan Johor Darul Ta’zim, JDT telah pun mencipta sejarah baharu sekaligus menyebabkan mereka berjaya marah ke pusingan berikutnya.

Pasukan Harimau Selatan berjaya mencatatkan rekod 4 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah sekaligus memungut 13 mata selepas 6 perlawanan.

Prestasi memberangsangkan JDT ini berjaya membuka mata banyak pihak terutamanya pesaing dalam kumpulan tentang keupayaan yang dimiliki oleh pasukan negara.

Hal ini juga tidak terlepas dari padangan media-media bebas di Jepun dan juga Korea yang asyik melihat perkembangan pasukan kendalian Benjamin Mora yang melawan dengan bersungguh-sungguh dan tidak memberi muka.

Malah, semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa ini telah menyebabkan pasukan gergasi Korea seperti Ulsan Hyundai dan juga Kawasaki Frontale ditunjukkan jalan keluar.

Dalam satu hantaran di laman sosial Twitter mereka, media ini menzahirkan rasa bangga dan teruja setelah JDT berjaya menjadi juara kumpulan.

Usaha sehingga titisan darah yang terakhir ini menyebabkan mereka amat kagum dengan kemampuan anak didik Mora sehingga memaksa kesilapan dilakukan oleh pertahanan Ulsan sekaligus memberikan 3 mata buat JDT.

Mereka juga sempat mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat JDT yang bakal meneruskan cabaran ke pusingan berikutnya.

Ini juga berjaya mencipta sejarah yang tersendiri selepas JDT menjadi satu-satunya kelab dari Malaysia yang berjaya mara ke pusingan berikutnya.

Pungutan mata JDT juga telah melonjakkan kedudukan Liga Malaysia sehingga mengatasi kedudukan Thailand dan Vietnam.

https://twitter.com/j_football_now/status/1520357847410036736?s=21&t=dl7RvICZeoOct49OqxOALw