Media Bebas Thailand Kaitkan Dion Cools Ke Buriram United
Dunia
SF Edit
Advertisements

Pertahanan sensasi Harimau Malaya, Dion Johan Cools dikatakan bakal berkelana ke bumi Thailand.

Khabar angin bertiup kencang dari negara jiran, Thailand yang menyatakan bahawa pasukan Buriram United bakal mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu.

Berdasarkan tinjauan di laman Facebook, terdapat media bebas dari Thailand yang mengaitkan perpindahan Cools ke Buriram United. Khabar ini secara tidak langsung menggembirakan hati penyokong-penyokong Buriram yang menganggap Cools sebagai seorang pemain berkelas dunia.

Advertisements

Sebelum ini, Dion Cools kerap dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi dari selatan, Johor Darul Ta’zim untuk beraksi di Liga M dalam saingan musim depan.

Bagaimanapun hari ini terdapat ura-ura yang mendakwa Cools ke Thailand. Walaupun khabar angin perpindahan Cools ke Buriram ini tidak kukuh, rakan media kami di Thailand mengesahkan bahawa kontrak telah ditandatangani dan hanya menunggu pengumuman rasmi.

“Ya, dia (Dion Cools) akan menyertai Buriram dan kini menunggu pengumuman rasmi kelab. Beliau telah tandatangani kontrak,” jelas rakan media dari Bangkok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram