Media Bebas Thailand Mula Ikuti Perkembangan JDT, Kawasaki Frontale & Ulsan Hyundai
ACL
JST & Kawasaki Frontale
Advertisements

Media bebas dari Thailand, Tactic Times kini sedang mengikuti rapat perkembangan pasukan-pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Johor Darul Ta’zim (JDT) dari Malaysia, Kawasaki Frontale dari Jepun, Ulsan Hyundai dari Korea telah diundi bersama dalam Kumpulan I bersama wakil dari Thailand, BG Pathum United.

Baru-baru ini, Johor Darul Ta’zim, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai mencatat keputusan seri berdepan lawan masing-masing dalam aksi saingan liga.

Advertisements

Trend keputusan seri yang diraih pasukan-pasukan ini ditinjau TacticTimes. TacticTimes pada semalam telah memuat naik satu ciapan yang merangkumkan keputusan pasukan-pasukan yang berada dalam saingan Kumpulan I.

JDT yang berkasi di laman lawan diikat Kedah Darul Aman dengan keputusan 3-3. Wakil dari Jepun, Kawasaki Frontale catat keputusan seri berdepan Consadole Sapporo sementara Ulsan Hyundai juga terpaksa akur diikat FC Seoul 2-2.

Advertisements

Wakil dari Thailand di pentas ACL, BG Pathum United pula bakal berdepan Uthai Thani hari ini. Aksi Liga Thai 1 tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Province, Uthai Thani.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram