Media China menzahirkan kerisauan terhadap kemampuan Shandong Taishan untuk mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Choi Kang-hee menerima tamparan hebat selepas tewas pada aksi final Chinese FA Cup kepada Shanghai Port dengan keputusan 3-1.
Kekalahan itu hanya selang dua hari sebelum pasukan itu berdepan dengan skuad Harimau Selatan di laman sendiri.
Prestasi semasa Shandong Taishan yang hanya merekodkan satu kemenangan daripada 5 pertembungan terakhir mencetuskan kerisauan dalam kalangan penyokong dan juga media di sana.
Keadaan ini ditambah pula dengan prestasi semasa JT yang gah di pentas AFC Champions League Elite (ACLE) selepas berjaya menundukkan jaguh Korea, Ulsan HD dengan keputusan 3-0.
“Bagi Shandong Taishan, musim belum berakhir kerana 26 November, Taishan akan menentang Johor DT di laman sendiri yang akan menjadi perlawanan penting Liga Juara-Juara AFC.
“Pada 4 aksi pertama, Shandong Taishan menang 1, seri 2 dan kalah, menduduki tempat ke-9 kumpulan dengan 4 mata sementara JDT melakar 2 kemenangan, 1 seri dan 1 kalah serta 7 mata, menduduki tempat ke-4 dalam kumpulan,” tulis kenyataan media China, 163.com.
Prestasi semasa JDT yang berjaya menewaskan satu wakil China, Shanghai Shenhua dan juga Ulsan HD menimbulkan kerisauan terhadap kemampuan sebenar Taishan untuk mengatasi wakil Malaysianitu.
“Mereka (JDT) mengalahkan Shenhua dan Ulsan Hyundai 3-0, seri 2-2 dengan Shanghai Port dan tewas kepada Gwangju FC 1-3.
“Johor memiliki 14 pemain asing yang merupakan lawan yang sukar. Momentuk tidak optimistik apabila Shandong Taishan baru sahaja kalah di perlawanan akhir dan semangat rendah,” tambah kenyataan tersebut.
Aksi antara Shandong Taishan vs JDT bakal berlangsung pada 26 November jam 8 malam.