Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan keempat peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang melibatkan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kawasaki Frontale berkesudahan dengan JDT tewas 5-0.

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan rombakan besar-besaran dengan merehatkan pemain utama.

Benjamin Mora membuat keputusan untuk merehatkan pemain bintang seperti Bergson Da Silva, Arif Aiman, Natxo Insa, Shahrul Saad dan lain-lain untuk memberi ruang kepada para pemain lain beraksi.

Advertisements

Tindakan ini dilihat sedikit mengganggu gugat perancangan pasukan apabila Harimau Selatan gagal untuk mengekang asakan bertali-arus jaguh dari Jepun itu.

Gol yang dijaringkan oleh Yasuto Wakizaka, dua gol Yu Kobayashi, Marchinho, Chanatip mengesahkan kemenangan bermakna tersebut sekaligus pulang dengan 3 mata.

Walau bagaimanapun, salah satu media penyokong pasukan Kawasaki Frontale dilihat meraikan kejayaan tersebut dengan begitu gembira menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.

Advertisements

Menerusi hantaran tersebut, akaun peminat itu membuat satu pertanyaan terhadap akaun rasmi pasukan Harimau Selatan.

Berdasarkan ayat ’What’s up kids @officialjohor?’ yang ditulis pada hantaran tersebut mencerminkan kejayaan yang sangat gah berjaya dicipta oleh pasukan tersebut selepas buntu diikat 0-0 pada perlawanan tempoh hari.

Ini juga memastikan bahawa pasukan itu berjaya mengambil tempat pasukan JDT untuk mendahului carta kumpulan.

Advertisements

Dengan berbaki 2 lagi perlawanan, JDT memerlukan sekurang-kurangnya 4 mata lagi untuk mengesahkan slot ke pusingan 16 terbaik.

Kawasaki Frontale 1 Media Jepun Puas Hati Kawasaki Frontale Akhirnya Benam JDT
Sumber: Twitter
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram