Beberapa buah laman di Korea telah melirikkan kejayaan jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini membina reputasi hebat di pentas bola sepak Asia.
Usaha sedekad yang dibangunkan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ akhirnya mula membuahkan hasil terutamanya apabila skuad Harimau Selatan mula dipandang tinggi di Asia.
Kejayaan membenam juara Korea Selatan, Ulsan Hyundai sebanyak 3 kali daripada 4 pertemuan telah membuka mata banyak pihak tentang kemampuan JDT untuk terus melangkah di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).
“Rahsia sebenar untuk mengubah JDT menjadi jaguh bukanlah wang, tetapi wawasan tentang industri bola sepak. TMJ amat mengetahui bagaimana kelab bola sepak harus dikendalikan. Kelab telah menjemput pakar tempatan dari Eropah untuk mencipta pelan hala tuju baharu untuk pembangunan kelab.”
“Buat pertama kalinya di Malaysia, sebuah akademi belia ditubuhkan dalam kelab itu. Kini, JDT beroperasi dari satu hingga empat kumpulan lingkungan usia 12 tahun hingga dewasa.”
Program latihan berkelas dunia yang diterapkan oleh skuad Harimau Selatan hasil usaha membawa masuk tenaga pakar Eropah telah mengukuhkan pelan yang diusahakan oleh pasukan.
“Persekitaran latihan juga telah berubah. TMJ telah mengimport sistem kejurulatihan Eropah yang canggih melalui perjanjian perniagaan dengan Valencia. Walaupun selepas tamat perjanjian, kakitangan yang terbang dari Valencia kekal di JDT dan telah bekerja setakat ini.”
JDT juga memiliki pusat latihan dilengkapi dengan peralatan canggih seperti mesin rawatan oksigen tekanan tinggi (ruang oksigen) dan treadmil tanpa berat. Serta pakar perubatan, pakar pemakanan sukan menyediakan diet tersuai untuk setiap atlet.
“Terdapat dua sisi rumput asli baka yang sama seperti padang stadium utama, dan padang latihan berbumbung telah dipasang sekiranya hujan.”
“Kami sedang membina tempat latihan baharu di seberang stadium kami sekarang,” ujar Pegawai Perhubunhan JDT, Vijhay Vick.
JDT akan kekal menjadi wakil tunggal Malaysia di pentas tertinggi bola sepak Asia pada musim hadapan apabila beraksi di AFC Champions League Elite dan bakal berdepan dengan jaguh rantau ini.
Empayar yang dibina oleh JDT ini telah membuka mata ramai pihak di Asia dan dunia dengan kejayaan dalam dan luar padang menjarakkan kedudukan kelab ini berbanding pasukan lain di Malaysia.
Berita penuh: Naver.com