Advertisement
Media Korea Risau JDT Benar-Benar Turunkan Jese Rodriguez
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Media Korea mula menzahirkan kerisauan sekiranya Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat keputusan untuk menurunkan Jese Rodrigue menentang Gwangju.

Aksi AFC Champions League Elite (ACLE) itu menyaksikan skuad Harimau Selatan terbang ke Korea Selatan bagi menghadapi tentangan Gwangju FC.

Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio memaklumkan bahawa beliau kini masih meneliti pemain terbaik untuk diturunkan menentang jaguh Korea itu.

Pengendali kelahiran Argentina itu memberi bayangan bahawa bekas tonggak Real Madrid, Jese Rodriguez berpotensi melakukan debut di Asia.

Hal ini meraih perhatian petugas media Korea yang teruja untuk mengetahui perkembangan pemain berusia 31 tahun itu bersama JDT.

“Jese Rodriguez berada dalam keadaan terbaik. Beliau memiliki peluang cerah untuk diturunkan esok dalam kesebelasan utama. Jese merupakan seorang pemain yang sangat profesional.

“Saya masih memiliki baki satu hari untuk membuat keputusan pemain mana yang bakal diturunkan. Setiap pemain memiliki peluang besar untuk dimainkan,” jelasnya ketika sesi sidang media pra-perlawanan hari ini.

Beliau juga yakin anak buahnya bersedia untuk memberikan yang terbaik sambil sasaran pasukan adalah untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya.

“Sasaran kami (JDT) adalah untuk mara ke pusingan berikutnya. JDT kini telah menunjukkan tahap untuk bersaing secara kompetitif dan kini masanya untuk melayakkan diri ke pusingan berikutnya,” tambah Bidoglio.

Aksi antara Gwangju dan JDT dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober jam 6 petang di Stadium Yangin Mireu, Korea.