Media Madrid Terpesona Dengan Perkembangan JDT
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Salah sebuah media terkemuka di Madrid, Diario AS terpesona dengan kemajuan yang dipamerkan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Media yang berpangkalan di Madrid, Sepanyol itu berkongsikan kisah kejayaan JDT yang kini mengemudi carta Liga Super 2023 dengan merekodkan 20 kemenangan berturut-turut.

Advertisements

Rekod mengagumkan JDT di bawah kendalian jurulatih Argentina, Tano Solari mula menjadi bualan selepas pasukan Harimau Selatan berjaya meledak 79 gol dan hanya dibolosi 4 gol dalam saingan liga.

Dominasi JDT juga dilihat amat sukar untuk digugat ketika ini. Rekod tersebut merujuk kepada keupayaan pasukan melakar 34 kemenangan dalam semua pertandingan dan 54 perlawanan tanpa kalah dalam liga.

Advertisements

Menurut perkongsian Solari kepada portal tersebut, beliau tiba di bumi Johor untuk meneruskan rentetan projek yang telah bermula kira-kira 10 tahun lalu di bawah cetusan idea pemilik kelab JDT, DYAM TMJ.

Solari juga melabel TMJ sebagai individu yang memiliki personaliti dan karakter seorang juara yang membawa kepada pelbagai kejayaan pasukan.

Advertisements

“Baginda (TMJ) mempunyai minat yang besar untuk bola sepak dan pengetahuan yang hebat, dia juga mempunyai semangat untuk Argentina. Dengan visinya, dia menjadikan kelab yang bukan pemenang kini paling berjaya dalam sejarah.”

Malah, kecemerlangan yang ditonjolkan oleh watak penting pasukan seperti Fernando Forestieri, Bergson Da Silva selain kehadiran muka baharu seperti Juan Muniz dan Oscar Arribas telah membuka mata dunia tentang kemampuan sebenar JDT.

Advertisements

Solari juga cuba memastikan konsistensi permainan JDT dapat diteruskan dari satu perlawanan ke perlawanan berikutnya.

“Falsafah penguasaan, penguasaan menyerang, menguasai kebanyakan permainan dengan tekanan tingi. Para pemain telah berkembang dalam metodologi latihan dan mereka telah menunjukkannya dalam lapan bulan ini,” kata jurulatih berusia 43 tahun itu kepada Diario AS.

Advertisements
Untitled design 10 Media Madrid Terpesona Dengan Perkembangan JDT

Sasaran utama beliau bagaimanapun terarah untuk mempersiapkan pasukan menghadapi kejohanan Liga Juara-Juara AFC (ACL) September ini dengan sasaran memperbaik pencapain tahun lalu.

“Matlamatnya adalah untuk mengadakan kempen yang hebat, ini bermakna mara ke suku akhir dan mengapa tidak sesuatu yang lain . Itu akan menjadi luar biasa.”

Advertisements

News Comments Account