Media Terkemuka Asia Cadang 3 Stadium Malaysia Jadi Venue Piala Dunia 2034
Malaysia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Sebuah akhbar Australia mencadangkan sekiranya pakatan Malaysia-Australia sebagai tuan rumah Piala Dunia 2034 jadi kenyataan, tiga stadium negara ini patut dijadikan sebagai venue kejohanan.

Akhbar Sydney Morning Herald menggagaskan idea ini atas alasan Malaysia memiliki beberapa stadium yang memenuhi kriteria stadium perlawanan Piala Dunia berbanding Australia.

FIFA menetapkan sesebuah stadium perlu memiliki kapasiti sekurang-kurangnya 40,000 tempat duduk.

Advertisements

Kapasiti tempat duduk berbeza mengikut peringkat kejohanan dengan aksi suku akhir perlu memiliki 60,000 tempat duduk dengan aksi pembukaan dan final (80,000 tempat duduk).

Situasi ini tidak menjadi masalah buat Malaysia kerana tiga stadium utamanya memiliki kapasiti 40,000 tempat duduk.

Tiga stadium tersebut ialah Stadium Sultan Ibrahim, Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam yang baru. Sekiranya projek Stadium Shah Alam baru berjalan lancar, ia dijangka siap pada 2026 dengan kapasiti 40,000 tempat duduk.

Advertisements

Selain tiga stadium ini, beberapa lagi stadium dilihat boleh memenuhi kriteria perlawanan Piala Dunia iaitu Stadium Perak, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Stadium Sarawak dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Keempat-empat stadium ini memiliki kapasiti dari 40,000 hingga 50,000 tempat duduk sekaligus memenuhi kriteria yang ditetapkan FIFA.

Walaupun ini sekadar cadangan, ini menunjukkan Malaysia ada kemudahan yang diperlukan sebagai penganjur kejohanan bola sepak antarabangsa seperti Piala Dunia.

Advertisements

Cuma seperti mana yang ditekankan oleh DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim sebelum ini, ia perlu ditambahbaik terutama dari segi permukaan padang.

Apabila aspek itu sudah mantap, ini menunjukkan Malaysia kepada dunia bahawa negara memiliki kemudahan bertaraf dunia dan sudah bersedia sebagai penganjur temasya antarabangsa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram