Advertisements
Media UK Terpegun Dengan Arif Aiman
Eropah
MakanBola
Johor Southern Tigers

Salah sebuah media terkemuka di UK telah berbicara tentang kehandalan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi watak utama skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan 4 gol dalam 4 penampilan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Anak didik Hector Bidoglio merakamkan kemenangan kedua pada pentas Asia dan melonjak ke tangga ketiga kumpulan ketika ini.

Persembahan memukau Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu meraih tumpuan peminat di Asia sehinggalah sampai kepada pengetahuan media di UK iaitu The Rangers Journal.

Arif Aiman dilabel sebagai seorang pemain yang konsisten di Asia selain memiliki kebolehan teknikal yang baik atas padang.

“Pemain yang konsisten bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dengan 4 gol dan satu bantuan jaringan dalam 4 perlawanan.

“Ancaman besar di pada bahagian kotak penalti lawan sama ada menjaringkan gol atau mencipta untuk orang lain,” jelas laman tersebut.

Berdasarkan statistik yang disertakan, Arif telah menerima purata penilaian 8.02 mata, mencatatkan 3.3 kali percubaan, ketepatan hantaran 79 peratus, gelecekan berjaya 74 peratus dan memenangi pertarungan bola 45 peratus.

Beliau juga mempamerkan kebolehan dalam aspek teknikal lain seperti pintasan bola (1.5), pengambil bola dari lawan (5.2) dan hantaran berbahaya sekitar 2.4 kali dalam satu perlawanan.

Arif tekah merekodkan 10 jaringan dalam semua perlawanan yang diharungi musim ini.