Medik JDT & Selangor Berganding Bahu Rawat Kecederaan Richmond Boakye
Liga Super
TV Okey/RTM Klik
Advertisements

Aksi Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dan Selangor FC semalam menyaksikan pasukan perubatan kedua-dua pasukan bekerjasama merawat kecederaan penyerang pelawat, Richmond Boakye.

Suasana cemas di Stadium Sultan Ibrahim timbul apabila penyerang Ghana itu tidak sedarkan diri. Ini selepas beliau terhantuk kepala dengan rakan sepasukan Samuel Somerville pada minit kesembilan.

Sebaik menyedari situasi kecederaan yang dialami bekas penyerang Juventus itu serius, pasukan perubatan kedua-dua pasukan segera berlari masuk ke padang bagi memberi rawatan.

Advertisements

Rakaman usaha bersama pasukan perubatan JDT FC dan Selangor FC untuk membantu memulihkan Boakye turut dikongsikan Harimau Malaya.

Situasi cemas ini kemudiannya reda apabila bekas penyerang Red Star Belgrade itu memberi maklum balas positif dan kembali sedar. Boakye kemudiannya dipapah keluar dari padang sebelum kembali meneruskan permainan.

Jurulatih Merah Kuning, Tan Cheng Hoe tidak mahu mengambil risiko status kecergasan beliau lalu mengarahkan Boakye dikeluarkan dan digantikan dengan Quentin Cheng pada minit ke-17.

Advertisements

The Red Giants kemudiannya tunduk 2-0 kepada tuan rumah menerusi jaringan Heberty Fernandes dan sepakan penalti Bergson da Silva.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram