Melaka FC Perkenal Logo Baru
Liga M3
Melaka FC
Advertisements

Pasukan Liga M3, Melaka FC memperkenalkan logo baru pasukan menjelang musim baru liga tidak lama lagi.

Ini selepas halaman Facebook rasmi Melaka memuatnaik logo baru sebagai gambar profil halaman pasukan berkenaan.

Logo baru ini menggunakan imej perisai bulat dengan bola berwarna hitam dan putih diletakkan di tengah-tengah perisai.

Advertisements

Ikon bola itu turut diapit dengan perkataan ‘Melaka’ dan ‘Football Club‘. Kedua-dua perkataan ini masing-masing menggunakan latar belakang berwarna biru dan merah.

Akhir sekali, tahun 2022 diletakkan di atas ikon bola tersebut. Tahun 2022 melambangkan tahun Melaka ditubuhkan.

Pengenalan logo baru ini seiring dengan Majlis Menandatangani Kontrak Pemain dan Pegawai Pasukan Melaka FC yang diadakan di pejabat pasukan itu semalam.

Advertisements

Menerusi satu hantaran di Facebook, Melaka turut mengesahkan bekas pengendali Negeri Sembilan FC, K. Devan sebagai jurulatih baru pasukan.

Beliau bakal dibantu Sapian Wahid, S.Subramaniam dan Mussafar Shah yang menggalas peranan sebagai penolong jurulatih.

Majlis ini disaksikan oleh presiden dan pemilik Melaka FC, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad. Turut sama hadir ialah Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA), Datuk Hj Karim Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka FC, Muhammad Najmi bin Mohd Nordin, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Melaka FC, Ng Kok Guan dan Devan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram