Melaka Tidak Akan Sertai Liga Super
Liga Super
MAFA
Advertisements

Melaka sah tidak akan sertai Liga Super bagi saingan musim 2024/25 menurut kenyataan rasmi Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA).

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sebuah hantaran rasmi di laman media sosial Facebook milik Persatuan Bola Sepak Melaka yang memetik kenyataan daripada Timbalan Presiden, YBhg Datuk Mohd Saiful Bin Mat Sapri.

“Pasukan Melaka FA tidak akan menyertai Liga Super 2024. Perkara itu ditegaskan Timbalan Presiden MAFA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri selepas pihak MAFA mengadakan pertemuan bersama sebuah kelab Liga AFL bagi membincangkan perkara berkenaan.”

Advertisements

“Beliau berkata, tiada kata putus dicapai selepas kedua-dua belah pihak tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang dibincangkan.”

“Setakat ini Melaka FA akan menumpukan kepada pasukan-pasukan pembangunan negeri bagi penyertaan Piala Presiden, Piala Belia, Futsal dan Bola Sepak Wanita bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan-pasukan berkenaan.”

“Pihak persatuan juga memutuskan untuk terus memberi tumpuan kepada struktur pentadbiran, kewangan dan penajaan bagi persiapan tahun-tahun mendatang.”

Advertisements

“Bagaikan aur dengan tebing, hubungan MAFA dan kelab-kelab penyokong bola sepak Melaka diharap terus erat dan usaha ini mendapat sokongan serta mendoakan Melaka kembali bangkit mewarnai kancah bola sepak tanahair pada masa hadapan.” menurut kenyataan daripada pihak MAFA.

Pada akhir tahun lalu terdapat spekulasi mengatakan bahawa pasukan Melaka akan kembali mewarnai Liga Super musim 2024/25 setelah MAFA memfailkan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mempertimbangkan hasrat Melaka beraksi di Liga Super.

Namun dengan kenyataan rasmi daripada Timbalan Presiden MAFA, Melaka kini sah tidak akan bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024/25.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram