Melaka Kembali Ke Liga Super?
Liga Super
Melaka FC
Advertisements

Hasrat untuk melihat saingan tahun hadapan lebih rancak mungkin bakal direalisasikan apabila Melaka difahamkan akan kembali beraksi di kancah Liga Super Malaysia pada musim hadapan.

Perkara ini telah dikongsikan oleh peguam sukan terkemuka, Zhafri Aminurashid di laman sosialnya berkenaan perkembangan kelab selatan tanah air ini.

Sebelum ini, tular khabar mengenai permintaan Melaka untuk kembali beraksi di Liga Super bagi musim 2024/25 yang telah dinyatakan oleh Presiden MAFA, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada Arena Metro selepas Kongres MAFA Ke-67 di Bandar Hilir, Melaka.

Advertisements

MAFA juga telah memfailkan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mempertimbang perkara berkenaan.

MAFA mahu mengembalikan Melaka ke Liga Super dan sebagai hadiah awal buat ulang tahun organisasi itu yang ke-100 pada tahun hadapan.

Menurut perkongsian Zhafri, beliau memberi bayangan bahawa Melaka telah berjaya memperoleh kelulusan untuk beraksi di Liga Super bagi musim akan datang.

Advertisements

“Tahniah Melaka, Viel Goodluck.”

Beliau juga sempat membalas beberapa komen sekaligus menguatkan lagi khabar angin ini.

“Kira dah main Liga Super kan?”

Advertisements

“Ya Liga Super,” ujar Zhafri kepada Akmal Arif di ruangan komen.

Salah satu pilihan MAFA ialah bergabung dengan satu lagi wakil Melaka dalam Liga M3, Melaka FC sekiranya rayuan mereka diterima.

“Namun di peringkat kita, Mafa akan mencari rakan kongsi terbaik dan diharap ia dapat merealisasikan misi kita pada musim depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres MAFA Ke-67.

Advertisements

Bagaimanapun, pasukan itu menjadi sebahagian daripada tujuh pasukan liga itu yang gagal mendapat Lesen Kebangsaan 2024-2025 daripada First Instance Body (FIB) pada bulan lepas.

Lesen Kebangsaan 2024-2025 amat penting kerana ia merupakan keperluan utama bagi pasukan yang mahu bertanding dalam Liga Super.

Atas sebab itu, Timbalan Presiden MAFA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri menyatakan MAFA mahu menilai semua pilihan yang ada jika ia berjaya direalisasikan termasuk penggabungan dengan Melaka FC.

“Saingan liga musim depan akan bermula lewat iaitu pada April, jadi jika kita berjaya mendapat jemputan Mafa juga akan berbincang dengan pasukan Melaka FC sama ada akan bergabung atau sebaliknya kerana mempunyai masa yang suntuk untuk melakukan persediaan,” katanya.

Status sebuah lagi pasukan Liga Super, Kelantan FC juga masih belum terjawab sama ada masih kekal atau diturunkan ke Liga M3 selepas difahamkan gagal menghantar segala dokumen yang diperlukan ke FIB seperti yang ditetapkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram