Melaka Mohon Kembali Ke Liga Super Untuk Musim 2024/25
Liga Super
Melaka FC
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) berhasrat membawa pasukan Melaka kembali mewarnai Liga Super musim depan.

Perkara ini didedahkan oleh Presiden MAFA, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada Arena Metro selepas Kongres MAFA Ke-67 di Bandar Hilir, Melaka.

Sehubungan dengan itu, MAFA telah memfailkan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk mempertimbang perkara berkenaan.

Advertisements

Ini sejajar dengan objektif MAFA untuk mengembalikan Melaka ke Liga Super dan sebagai hadiah awal buat ulang tahun organisasi itu yang ke-100 pada tahun hadapan.

“Menjelang ulang tahun ke-100 Mafa, ia menjadi objektif kita untuk kembali beraksi di Liga Super menerusi rundingan bersama pihak berkenaan namun bergantung kepada kelulusan dan syarat yang diletakkan pentadbir Liga Malaysia itu.

Advertisements

“Namun di peringkat kita, Mafa akan mencari rakan kongsi terbaik dan diharap ia dapat merealisasikan misi kita pada musim depan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kongres MAFA Ke-67 semalam.

Salah satu pilihan MAFA ialah bergabung dengan satu lagi wakil Melaka dalam Liga M3, Melaka FC sekiranya rayuan mereka diterima.

Advertisements

Bagaimanapun, pasukan itu menjadi sebahagian daripada tujuh pasukan liga itu yang gagal mendapat Lesen Kebangsaan 2024-2025 daripada First Instance Body (FIB) pada bulan lepas.

Lesen Kebangsaan 2024-2025 amat penting kerana ia merupakan keperluan utama bagi pasukan yang mahu bertanding dalam Liga Super.

Advertisements

Atas sebab itu, Timbalan Presiden MAFA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri menyatakan MAFA mahu menilai semua pilihan yang ada jika ia berjaya direalisasikan termasuk penggabungan dengan Melaka FC.

“Saingan liga musim depan akan bermula lewat iaitu pada April, jadi jika kita berjaya mendapat jemputan Mafa juga akan berbincang dengan pasukan Melaka FC sama ada akan bergabung atau sebaliknya kerana mempunyai masa yang suntuk untuk melakukan persediaan,” katanya.

Selepas Melaka United berkubur akibat isu kewangan, perjuangan Melaka dalam arena bola sepak Malaysia diteruskan oleh Melaka FC.

Pasukan itu menamatkan saingan Liga M3 di tempat ke-10 musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram