Melaka FC Ganti Melaka United Yang Sudah Terkubur
Dunia
Melaka United Soccer Association
Advertisements

Selepas terkuburnya Melaka United dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan, masih ada sinar buat peminat bola sepak negeri Melaka apabila pasukan baharu yang diberi nama Melaka FC dijangka akan mengambil bahagian dalam Liga M3 musim hadapan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, pasukan Melaka FC kini sedang dalam proses menyiapkan pasukan untuk beraksi dalam Liga M3 dan mensasarkan untuk kembali ke Liga Super mada musim 2024.

Walaupun bersaing di liga bawahan, namun beliau akan sedaya upaya memastikan pasukan itu mempunyai kualiti setanding pasukan Liga Super dengan membariskan sekurang-kurangnya 10 pemain anak jati Melaka.

Advertisements

“Malah, kita juga sedang dalam proses memilih jurulatih baharu dengan kita sudah menyenarai pendek empat jurulatih iaitu dua jurulatih luar negara dan dua jurulatih tempatan untuk mengemudi pasukan.

“Pada masa sama, jawatankuasa teknikal juga akan dilantik bagi bekerjasama dengan jurulatih dalam aspek pemilihan pemain,” katanya Melaka Hari Ini.

Dijangkakan pasukan Melaka FC akan dipersiapkan selewat-lewatnya pada Disember iaitu dua bulan sebelum kancah Liga M3 bermula. Persediaan awal yang dilakukan ini sudah pasti sedikit sebanyak membantu pasukan supaya dapat memberikan saingan hebat dalam liga musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram