7 Kelab Liga M3 Tidak Layak Beraksi Di Liga Super 24/25
Liga M3
Imigresen FC
Advertisements

Juara Liga M3, Imigresen FC sah tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Ini selepas First Instance Body (FIB) mengumumkan tujuh pasukan Liga M3 tidak layak untuk mendapatkan lesen untuk saingan liga musim hadapan.

Sebelum ini, Imigresen bergelar juara liga di mana pemenang boleh layak secara automatik ke Liga Super musim hadapan dengan syarat memenuhi keperluan lesen seperti ditetapkan FIB.

Advertisements

Selain Imigresen FC, naib juara Liga M3 musim ini, KL Rovers FC juga mengalami nasib sama.

KL Rovers pula perlu mengharungi aksi playoff bagi memburu kelayakan ke Liga Super selepas meraih status naib juara.

Seperti Imigresen, mereka juga perlu memenuhi keperluan lesen FIB sekiranya berjaya memenangi aksi playoff.

Advertisements

Selain dua pasukan ini, Harini Selangor FT, Armed Forces FC, Perlis United FC, Melaka FC dan Sarawak United FC juga tidak layak mendapat lesen.

Perkara ini telah diputuskan oleh FIB dalam mesyuarat FIB kali ketujuh yang diadakan pada 31 Oktober lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram