Melaka United Belanja 20 Juta, Bakal Pancing Pemain Bintang
Dunia
Melaka United
Advertisements

Menurut laporan yang dikeluarkan Berita Harian, pasukan Melaka United dijangka akan berbelanja besar iaitu sekitar RM20 Juta dan bakal memancing beberapa pemain berstatus bintang.

Perkara itu diperjelaskan sendiri oleh pemilik Melaka United, Datuk Seri Justin Lim yang optimis untuk pasukan Hang Tuah itu tampil musim hadapan dengan lebih menyakinkan

“Kita mahu tampil lebih meyakinkan pada musim depan dengan meningkatkan lagi peruntukan kira-kira sekali ganda berbanding pada musim ini.”

Advertisements

Datuk Seri Justin Lim juga memaklumkan bahawa skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu akan menerima beberapa kehadiran pemain baru untuk memperkuat pasukan. Melaka United sebelum ini sudah berjaya mengikat dua tonggak JDT secara pinjaman iaitu Fadhli Shas dan Syazwan Andik.

“Ada beberapa pemain baharu akan dibawa masuk untuk menguatkan lagi pasukan dan perkara itu akan diumumkan nanti.”

Dalam usaha menampilkan aksi terbaik musim hadapan, Datuk Justin Lim juga mengharapkam sokongan padu daripada para penyokong dalam setiap perlawanan.

Advertisements

“Saya mengharapkan sokongan padu daripada penyokong Melaka United dan perkara itu membantu pasukan untuk terus menampilkan aksi terbaik pada musim depan, ujar Datuk Justin Lim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram