Melaka United Buat Kejutan, Dijangka Bakal Terima Pelabur Perkuat Pasukan
Dunia
Instagram: @melakautdfc
Advertisements

Rancangan bola@mamak kelmarin telah menampilkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai tetamu khas bagi membincangkan secara terperinci berkaitan bola sepak Malaysia. Rancangan itu juga membangkitkan beberapa persoalan panas untuk dijawab oleh TMJ.

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut berkongsi sedikit sebanyak info-info menarik berkaitan kelab-kelab di Malaysia. Menurut TMJ, satu perubahan besar bakal berlaku dalam pasukan Melaka United di saingan liga Malaysia musim depan.

“Tahun hadapan, awak semua kena tengok Melaka United. Saya baru dengar khabar angin mengatakan bahawa Melaka United ada investment yang besar untuk musim depan.”

Advertisements

TMJ turut menjelaskan pelaburan yang dilakukan Melaka United kelak sekaligus bakal memberi cabaran dan saingan baru buat Johor Darul Ta’zim.

“Mereka juga akan melabur banyak. Jadi mungkin agak mencabar untuk JDT tahun depan kerana ada competitor lain seperti pasukan Selangor, Kedah, Terengganu, Penang dan kini kita ada Melaka pula yang ingin melabur dengan lebih besar.”

Dalam pada itu, Tunku Ismail tidak akan menolak hasrat mana-mana kelab yang ingin datang ke Johor untuk belajar. Katanya selepas belajar, ia bergantung kepada pengurusan tersebut samada mahu ikut acuan JDT mengurus ataupun tidak.

Advertisements

“Dari dulu Terengganu pernah datang, Selangor pernah datang dan setiap pasukan pernah datang berjumpa. Tetapi selepas itu terpulang kepada pihak pengurusan masing-masing samada mahu ikut atau tidak. Atau mahu mengurus dengan cara tersendiri.”

TMJ turut menasihati setiap pasukan di Malaysia untuk sentiasa bersaing secara sihat. Baginda menegaskan bahawa sikap permusuhan antara kelab di Malaysia adalah tidak baik.

“Tetapi jika datang ke JDT, jangan ada hidden agenda. Agenda tersembunyi itu seperti ada niat nak menjatuhkan, sikap permusuhan dan melaga-lagakan mana-mana pihak. Maka perkara itu tidak bagus. Jadi jikalau mahu datang untuk belajar, belajar dan selepas itu contohi.”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram