Melaka United, Kedah Rebut Juara Kumpulan Untuk Elak JDT Di Suku Akhir
Dunia
Melaka United
Advertisements

Perlawanan Melaka United menentang Kedah Darul Aman FC malam ini pastinya bakal menjadi perhatian kerana pasukan mana yang tewas, bakal bertemu juara Liga Super 8 kali iaitu Johor Darul Ta’zim.

Pengurus pasukan Melaka United, Muhammad Akram Abdullah berkata para pemain akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kedudukan juara kumpulan C Piala Malaysia untuk laluan lebih baik di suku akhir kelak.

”Apapun selagi 90 minit belum berakhir perjuangan pasukan juga tidak terhenti kerana laluan tetap sukar. KDA juga mahu memintas kami kerana kemenangan buat mereka membolehkan mengelak berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir. Begitu juga kepada Melaka yang mahu kekal dengan kedudukan teratas kumpulan,” katanya kepada Arena Metro.

Advertisements

Untuk rekod, Melaka United sebelum ini mencipta kejutan di Alor Setar selepas mudah menewaskan Kedah dengan jaringan 3-1. Sudah pasti kemenangan itu memberikan suntikan moral dan panduan buat pemain Melaka United untuk mencipta keputusan positif malam ini.

Secara matematik, Melaka United hanya memerlukan keputusan seri malam ini untuk mengekalkan kedudukan selaku pendahulu sekaligus dapat mengelak bertemu JDT. Manakala buat pasukan Kedah, mereka wajib menewaskan Melaka United malam ini untuk merampas kedudukan selaku pendahulu kumpulan C Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram