Asri Ninggal: Masih Tiada Perancangan Untuk Jendela Perpindahan
Dunia
Melaka United
Advertisements

Ketua jurulatih Melaka United, Asri Ninggal menyifatkan pasukan kendaliannya, Melaka United tidak perlu untuk memborong atau membeli sebaliknya terus memanfaatkan tonggak yang sedia ada.

Asri menjelaskan MUFC kini sudah mula membuat persediaan dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebelum bertemu pasukan Negeri Sembilan kelak. Namun, setakat ini beliau masih tiada sebarang rencana untuk membuat perubahan pemain.

“Sekarang kita dah mula berlatih balik dan selepas ini akan ada beberapa perlawanan persahabatan di sini untuk pasukan bersedia aksi menentang Negeri Sembilan sebaik sahaja liga bersambung.”

Advertisements

“Cuma buat masa sekarang, Melaka masih tiada apa-apa perancangan untuk buat apa-apa perubahan dalam tempoh jendela perpindahan sekarang.”

Asri yang kini mengambil alih posisi yang tinggalkan pengendali, Risto Vidakovic sejak bulan lalu menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan prestasi yang baik yang dipamerkan anak buahnya baru-baru ini.

“Tetapi, semuanya bergantung kepada keperluan memandangkan kita ada masa sehingga 24 Jun depan, cuma setakat ini apa saya boleh cakap, saya berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh barisan pemain”, jelasnya kepada MFL.

Advertisements

Kini kedudukan pasukan Melaka United FC di tangga kesembilan dan memiliki 7 mata dalam saingan Liga Super 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram