Advertising
“Memang Dalam Perancangan” – Tunku Ismail
MakanBola
DYAM Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor mendedahkan perancangan kelab bagi aksi pra-musim pada masa hadapan.

Skuad kendalian Hector Bidoglio baru sahaja menjulang mahkota kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturur-turut selepas membenam cabaran Perak FC.

Ad

Kejayaan itu membolehkan JDT unggul dan mengekalkan status untuk menjadi wakil tunggal Malaysia dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) bagi musim 2025/26.

Ad

DYAM Tunku Ismail memaklumkan bahawa terdapat usaha untuk membawa pasukan mengharungi aksi pra-musim di Timur Tengah dengan Arab Saudi dijangka menjadi destinasi pilihan.

Hal ini selepas baginda menjawab pertanyaan yang diajukan oleh peminat yang mahu melihat skuad Harimau Selatan menentang kelab besar di sana.

Ad

“100 peratus memang ada dalam perancangan,” jawab baginda dalam satu kenyataan di laman X.

Ad

JDT juga rancak untuk memetrai kerjasama dengan kelab gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) seperti yang dimaklumkan oleh Tunku Ismail sebelum ini. 

Ad

“PSG (100 peratus sah). Tahun ni atau tahun depan. Banyak lagi perjanjian jangka pendek dan panjang antara JDT dan PSG akan menyusul tahun ni. 

“Saya dan Tim Cahill akan ke Paris untuk memetrai perjanjian,” tambah baginda.

Sebelum ini, Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Paris Saint-Germain FC diketuai oleh Daniel Markham, Ketua Kakitangan kepada Nasser Al-Khelaifi, Presiden PSG.

Satu persetujuan prinsipal dicapai untuk menjalin kerjasama antara juara Ligue 1 Perancis itu dengan JDT. 

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments