Memori Natxo Insa Lawan Barcelona Masih Belum Terpadam
Eropah
Oscar Vasquez/La Voz
Advertisements

Memori pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Natxo Insa ketika aksinya di Eropah menentang gergasi Sepanyol, Barcelona masih belum terpadam. 

Sebuah media daripada Sepanyol, Grada de Rio membuat hantaran gambar mengenai pasukan Real Club Celta de Vigo (Celta) di laman instagram miliknya baru-baru ini. 

Natxo Insa dilihat gambarnya bersama Cesc Fabregas dan Gerard Pique ketika dalam saingan Liga Sepanyol. 

Advertisements

Gambar itu diambil pada tahun 2013 dimana pada ketika itu Naxto Insa menyarung jersi pasukan Real Club Celta de Vigo.

Pemain berusia 37 tahun itu berada dalam kesebelasan utama beraksi di posisi tengah berganding dengan ketua pasukan Celta, Oubina. 

Barcelona pada ketika itu dibarisi oleh bintang ternama Eropah iaitu Lionel Messi, Alexis Sanchez, Cesc Fabregas, Thiago, Gerard Pique, David Villa dan Andres Iniesta.

Advertisements

Natxo insa antara pemain yang cemerlang apabila beliau mencatat nama sebagai penjaring pertama Celta pada perlawanan tersebut.

Pastinya itu adalah momen terbaik dan terindah buat pemain kebangsaan itu dan Celta kerana perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Natxo Insa menyertai Real Club Celta de Vigo pada tahun 2011 sehingga 2013 kemudian berkelana ke Liga Turkey bersama pasukan Antalyaspor Kulubu.

Advertisements

Pemain tengah berpengalaman itu beraksi sebanyak 46 perlawanan dalam kesemua kejohanan dan mencatatkan 3 jaringan bersama Celta sepanjang 3 tahun.

Pada bulan Disember 2023 yang lalu, Natxo Insa dijemput untuk beraksi bersama lagenda Celta Vigo bagi perlawanan amal.

Kini, beliau masih bersama pasukan Johor Darul Ta’zim sejak 2017 dan menyarung jersi skuad Harimau Malaya bermula tahun 2018.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram