Mesut Ozil Bersuara “Jadi Atletico Madrid Akan Main 6 Orang Saja?”
Eropah
Transfermarkt
Advertisements

Bekas pemain Real Madrid, Mesut Ozil bersuara tentang pengumuman yang dibuat oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) mengenai pengenalan kad biru. 

Mesut Ozil beraksi bersama Real Madrid pada musim 2010-2013, ciapannya pasti mengaitkan pengalamannya ketika menentang pasukan Atletico Madrid di Liga Sepanyol. 

“Jadi Atletico Madrid akan main 6 orang saja?” – ciapan Mesut Ozil di Twitter miliknya. 

Advertisements

Kad biru akan diperkenalkan menerusi pihak IFAB. Namun, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa juga menafikan perkara tersebut selepas pengumuman dibuat. 

Liga Sepanyol antara liga yang mempunyai kad merah yang tertinggi berbanding liga lain menurut Opta Analyst dan Atletico Madrid pasukan ke-8 tertinggi. 

Pemain yang dikenakan kad biru  perlu dikeluarkan selama 10 minit dan jika menerima kad biru yang kedua akan terus dibuang padang. 

Advertisements

Peraturan ini mendapat reaksi yang kurang senang daripada beberapa kerana ianya seperti tidak layak dilakukan dalam sukan bola sepak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram