Hiburan
M10_Official
Advertisements

Perancang tengah pasukan Fenerbahce FC, Mesut Ozil dikhabarkan berada di Perak hari ini sambil menunjukkan keberadannya di Masjid Ubudiah, Perak Darul Ridzuan.

Menerusi satu hantaran yang di laman rasmi media sosialnya, bekas bintang Real Madrid ini memuat naik satu hantaran berkenaan yang menyatakan kesyukuran apabila diberi kesempatan untuk bertemu dengan hari Jumaat yang penuh barakah.

Pada hantaran tersebut, beliau menyatakan kesyukuran sambil memanjatkan sepenuhnya kepercayaan dan harapan kepada Sang Pencipta.

Advertisements

‘Wahai Allah, aku mempercayaimu pada masa laluku, aku mempercayaimu pada masa depanku, aku mempercayaimu hari ini, esok dan selama-lamanya.’

‘Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan.’

Sementara itu, perkara yang mencuri tumpuan para peminat apabila gambar beliau yang sedang berdoa dengan berlatarbelakangkan binaan masjid menjadi buah mulut di media sosial.

Advertisements

Hal ini disebabkan, pada lokasi yang diletakkan oleh Ozil menunjukkan bahawa masjid tersebut merujuk kepada salah sebuah masjid yang terletak di Perak iaitu Kuala Kangsar.

Para penyokong juga mengharapkan agar suatu hari nanti, bintang bola sepak yang menjadi ikon Muslim serata dunia itu benar-benar menjejakkan kaki ke Malaysia.

‘Doakan semoga satu hari nanti beliau akan ke sini,’-Jelas Man Daud di ruangan komen.

Advertisements
Ozil Mesut Ozil Kini Berada Di Perak
Facebook: Mesut Ozil
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram