Advertising
MFL Beri Khabar Gembira Buat KL City
MakanBola
KL City FC

KL City menerima khabar gembira dari Malaysian Football League (MFL) setelah kemas kini jadual Liga Super 2024-2025 yang dikeluarkan pada Ahad.

Ketika ini KL City mengalami prestasi merudum apabila hanya merekodkan satu keputusan seri dan 4 kekalahan dalam lima aksi terakhir sebelum ini untuk berada di tangga keputusan-9 Liga Super.

Ad

Lebih memeritkan apabila KL City kini berdepan jadual padat melibatkan saingan Liga Super serta Shopee Cup yang turut berlangsung dengan berbaki 1 lagi aksi peringkat kumpulan.

Ad

Mengikut jadual asal, KL City bakal terbang ke Thailand bagi aksi terakhir kumpulan Shopee Cup bertemu Buriram United pada Khamis, 6 Februari ini.

Tiga hari kemudian, KL City dijadualkan untuk bertandang ke Negeri Di Bawah Bayu untuk berdepan Sabah dalam saingan Liga Super bagi minggu ke-20.

Ad

Perkara ini telah telah menimbulkan kerisauan buat Miroslav Kuljanac selaku jurulatih KL City memandangkan jadual yang padat bakal menjejaskan persiapan dan merisikokan pemain.

Ad

“Apa yang paling sukar ialah, kami perlu terbang ke Buriram United untuk aksi Shopee Cup. Selepas itu, kami harus tidur di lapangan terbang sebelum ke Sabah untuk aksi liga.”

Ad

“Sesiapa yang menyusun jadual harus bertanggungjawab. Kecederaan pemain juga salah satu perkara,” kata Miroslav Kuljanac menurut laporan Stadium Astro.

“Sebelum ini, kami mengharungi 5 aksi dalam masa 20 hari. Kami tidak boleh mengubah apa-apa,” tambah pengendali dari Croatia ini.

Walau bagaimanapun, sinar baharu buat KL City apabila MFL dalam satu kenyataan telah mengemas kini jadual Liga Super yang menyaksikan aksi bertemu Sabah telah ditunda ke satu tarikh baharu.

Aksi KL City menentang Sabah yang sepatutnya berlangsung pada 9 Februari ini ditunda ke 21 Februari hadapan sekaligus memberi tempoh pemulihan untuk KL City yang baru pulang dari Thailand.

Selain aksi Sabah vs KL City, MFL turut mengumumkan tarikh baharu bagi pertemuan di antara Terengganu vs Kuching City yang turut berlangsung pada 21 Februari hadapan.