Ads
MFL Jelaskan Sebab Aksi Selangor & JDT Dimainkan Tanpa Penonton
Liga Super
Azri/MakanBola

Malaysian Football League (MFL) menjelaskan sebab aksi Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal dimainkan tanpa penonton.

Advertisements

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL baru-baru ini.

Advertisements

MFL telah menyatakan 4 tindakan yang dikenakan kepada The Red Giants susulan penarikan diri bagi aksi Piala Sumbangsih 2024 di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Advertisements

Katanya, keputusan yang dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL ini mengambil kira faktor hasil komersial (commercial venue) bagi pihak JDT selepas pembatalan aksi tersebut.

“Hukuman nombor 4 telah dibuat berdasarkan commercial revenue pasukan JDT. Perlawanan itu tidak dimainkan dan pampasan dibayar, namun tiada keuntungan yang diperoleh daripada perlawanan tersebut.

Advertisements

“Pandangan bagi Ahli Lembaga Pengarah MFL ialah reverse match kerana tidak seharusnya ada keuntungan bagi kedua-dua pasukan yang bertanding. Ini adalah melibatkan keadilan dari segi komersial,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah NTC, Putrajaya.

Walau bagaimanapun, Selangor bagaimanapun masih boleh membuat rayuan bagi keputusan denda yang diberikan oleh MFL.

“Sekiranya Selangor rasa tidak berpuas hati, maka mereka boleh mengemukakan rayuan bagi perkara tersebut,” ujarnya.

Advertisements

Selangor FC dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan bahawa akan menilai saluran bersesuaian untuk tindakan selanjutnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram