Malaysian Football League (MFL) telah meminda jadual aksi Liga Super 2024/25.
Umum mengetahui bahawa Liga Super berehat seketika untuk memberi ruang kepada aksi pentas antarabangsa.
Saingan bola sepak Malaysia ini bakal kembali bersambung dengan terdapat perubahan pada jadual sepak mula perlawanan.
Kemas kini terbaru menyaksikan terdapat 6 perlawanan yang bakal dimainkan bagi aksi Liga Super Minggu 10.
Perlawanan pembukaan melibatkan pertembungan antara JDT menentang Penang di Stadium Sultan Ibrahim pada 12 September.
Satu aksi menyusul pada hari Jumaat membabitkan pertembungan antara Selangor menentang Kuching City.
Saingan pada hari Sabtu, 14 September melihatkan pertembungan antara Negeri Sembilan menentang Perak dan juga KL City berdepan Kedah Darul Aman.
Dua lagi aksi pada hari Ahad membabitkan perlawanan antara Sabah vs Terengganu dan juga Sri Pahang vs PDRM.