MFL Puji Tindakan Perak Perangi Jersi Tiruan
Liga Super
MakanBola
KPDN Selangor
Advertisements

Malaysian Football League (MFL) memuji tindakan proaktif Perak FC dalam usaha membanteras penjualan produk tiruan yang semakin merisaukan di pasaran.

Terdahulu, pihak pengurusan Perak dan Cheetah sebagai syarikat pengeluar jersi pasukan itu telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor untuk satu kerjasama dalam mengesan produk tiruan di pasaran.

Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam menganggap tindakan Perak yang memerangi habis-habisan ‘lanun cetak rompak’ ini adalah sebuah tindakan yang baik demi kelangsungan pendapatan serta kestabilan kewangan kelab.

“Ini adalah usaha yang baik pihak pengurusan Perak FC bersama dengan penaja Cheetah dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor untuk mengesan serta menghapuskan penjualan barangan tiruan kelab khususnya jersi rasmi kelab oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Advertisements

“Bagi MFL tindakan ini akan memberi mesej jelas kepada pihak berkenaan untuk tidak sewenang wenangnya mengeluarkan produk tiruan yang memberi kesan buruk kepada pendapatan kelab-kelab Liga Malaysia serta industri sukan bola sepak negara.

“Adalah tanggung jawab semua pihak termasuk penyokong-penyokong dalam memerangi barangan cetak rompak demi kelangsungan pendapatan serta kestabilan kewangan kelab-kelab,” jelas Stuart dalam satu kenyataan MFL.

Advertisements

Perak sebelum ini telah mengejutkan industri bola sepak Malaysia apabila mengeluarkan jersi Perak ‘fans issue’ dengan harga serendah RM39 sahaja. Harga yang ditawarkan Perak itu jauh lebih rendah berbanding keluaran musim yang lalu.

News Comments Account