MFL Umum Kalendar Liga Malaysia, 12 Faktor Besar Jadi Penentu
Liga Super
MFL
Advertisements

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akhirnya mengumumkan kalendar bagi saingan Liga Malaysia musim 2024/25 dengan mengambil kira 12 faktor.

Menerusi satu kenyataan oleh MFL, jadual pertandingan Liga Super 2024-2025 melibatkan perlawanan minggu 1 sehingga minggu 13 (LS1 – LS13) bagi membolehkan kelab Liga Malaysia membuat persiapan awal untuk menghadapi musim baharu.

Jadual perlawanan itu melibatkan perlawanan 13 kelab yang akan bertanding dalam Liga Super 2024-2025.

Advertisements

Walau bagaimanapun sekiranya badan bebas, First Instance Body (FIB) memutuskan hanya 12 kelab sahaja yang layak bertanding di dalam Liga Malaysia musim ini, maka MFL akan mengemas kini semula kalendar dan jadual pertandingan Liga Malaysia yang lengkap untuk semusim.

Waktu sepak mula bagi jadual perlawanan yang telah dikeluarkan itu hanya akan dikemas kini sebaik sahaja mendapat pengesahan daripada penyiar rasmi MFL. 

“12 faktor telah diambil kira dalam penentuan jadual melibatkan Kalendar FIFA 2023 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan (Kelayakan Piala Dunia 2026), Pertandingan AFC Champions League Elite (ACLE), Pertandingan AFC Champions League 2 (ACL2), Asean Club Championship (Shopee Cup), Pusingan kelayakan pertandingan AFC B20 2025, Pertandingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2024, Sukan Olimpik 2024, Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Advertisements

“Terdapat juga faktor-faktor lain seperti Pergerakan logistik dan operasi VAR, Perkongsian venue perlawanan (Liga Super dan Piala MFL), Tempoh rehat dan perjalanan kelab, Hari Pelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2024/25 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri,” ujar MFL dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Perlawanan Sumbangsih iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2024 bakal berlangsung pada 10 Mei 2024. 

Seperti musim-musim terdahulu, perlawanan ini merupakan perlawanan pertama bagi Pertandingan Liga Super di mana pungutan mata perlawanan akan dikira sebagai mata di dalam Liga Super 2024-2025,.

Advertisements

Perlawanan Sumbangsih kali ini akan melibatkan pertemuan Johor Darul Ta’zim (Juara Liga Super 2023) dengan Selangor FC (Naib Juara Liga Super 2023) dengan venye perlawanan adalah di venue kelab juara Liga Super tahun 2023 iaitu Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram