Advertising
MHL: Malaysian University  Mudah Atasi Mutiara Impian-MSSPP-PSHA
UltraSukan
MHC

Malaysian University tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Mutiara Impian-MSSPP-PSHA dalam saingan Women Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024.

Aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil itu terpaksa bermula lewat disebabkan oleh hujan lebat yang melanda venue perlawanan.

Aksi bermula menyaksikan Malaysian University menguasai perlawanan sejak awal permainan dan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-11 menerusi pukulan sudut penalti Khairunnisa Mohd Sharuddin.

Ad

Tiga minit kemudian, Nuramirah Shakirah menggandakan jaringan buat Malaysian University apabila percubaan solo beliau berjaya menewaskan penjaga gol Mutiara Impian, Nur Aini Yusri.

Ad

Siti Nur Arfah terus melebarkan kedudukan buat Malaysian University selepas bijak manyambut hantaran lintang rakan sepasukan dari sebelah kiri gawang gol Mutiara Impian.

Skuad bimbingan Lailin Abu Hassan terus meledak dengan giliran Asfarina Isahyifiqa pula menjadikan kedudukan 4-0 sebelum Siti Nur Atika menyumbat gol kelima pasukan.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by MHC (@malaysianhockeyconfederation)

Ad

Separuh masa pertama tamat, Malaysian University 5-0 Mutiara Impian-MSSPP-PSHA.

Bersambung babak kedua, Malaysian University terus mengganas dengan dua gol Nuramirah Shakirah dan Zafirah Aziz menjadikan kedudukan 8-0.

Pemain tumpuan, Nuraslinda Said menambah duka Mutiara Impian dengan gol kesembilan pada minit ke-50 sebelum Nuramirah Shakirah meledak gol ke-10 Malaysian University tiga minit kemudian.

Kapten Malaysian University, Raja Nursharina melengkapkan jaringan ke-11 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan tamat, Malaysian University 11-0 Mutiara Impian-MSSPP-PSHA.

Kemenangan ini menyaksikan Malaysian University terus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dan berada di tangga kedua dengan 17 mata, satu mata di belakang pendahulu, Liaoning Women’s HT.