Mikel Arteta: Tiba Masanya Untuk Memberikan Aksi Terbaik
EPL
Instagram: @arsenal
Advertisements

Situasi yang sukar buat pasukan Arsenal selepas mengalami kekalahan tiga perlawanan berturut-turut dengan dibolosi sebanyak 9 jaringan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. 

The Gunners kini berada di kedudukan tercorot dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan jumlah mata sifar dan berada di bawah pasukan Norwich City. 

Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta mengatakan bahawa sudah tiba masanya beliau mengotakan janji untuk menjadikan Arsenal sebagai sebuah pasukan yang bakal memberikan saingan hebat musim ini. 

Advertisements

Oleh kerana perbelanjaan yang telah di labur hampir mencecah 150 juta pound menjadikan Arsenal sebagai sebuah pasukan yang paling banyak berbelanja dengan polisi hanya menandatangani pemain yang berusia 23 tahun ke bawah sahaja. 

Jurulatih berusia 39 tahun itu tahu dan percaya bahawa pasukannya mempunyai kualiti yang ‘tidak pernah didengar’. Menurut Arteta, sejak kebelakangan ini banyak perkara yang dapat ditangani olehnya. 

Arteta berkata: “Ini adalah projek jangka masa panjang yang kami percayai dan kami harus bekerjasama kerana kami percaya ia adalah pilihan terbaik untuk masa depan kelab. Kita semua harus bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang akan diterima”

Advertisements

“Kami semua turut serta, untuk terus berusaha membina projek ini, yang jelas dipimpin oleh pemilik Arsenal”

“Sistem yang kompleks wujud dalam era bola sepak moden adalah kamu perlu membina projek jangka masa sederhana hingga panjang dengan hasil yang segera. Kita harus menerimanya. Tidak ada cara lain dalam bola sepak.”

Dalam pada itu, pasukan Arsenal bakal menerima kunjungan Norwich city di Emirates Stadium Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram