Advertisement
Minggu Gemilang Tiga Wakil Malaysia Di Asia
Dunia
MakanBola
Sabah FC / JST / Terengganu FC

Minggu ini mungkin boleh dikatakan sebagai minggu gemilang bola sepak Malaysia apabila menyaksikan tiga kelab Liga Super Malaysia mencatatkan kemenangan berharga di pentas asia.

Minggu gemilang bola sepak Malaysia dimulakan dengan kemenangan berharga juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menwaskan juara Liga K1 Korea, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara AFC tempoh hari.

JDT kini berada di tangga ketiga kumpulan I dengan mengumpul 6 mata. Jumlah mata yang sama turut direkodkan Ulsan. Berbaki dua perlawanan, JDT perlu mengutip mata sebanyak mungkin untuk melayakkan mereka ke pusingan kedua.

Keesokan harinya iaitu pada 8 November, Terengganu FC mempamerkan kebangkitan luar biasa di Piala AFC selepas ketinggalan 2-0 sebelum mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 3-2 ke atas wakil Filipina, Stallion Laguna.

Berbaki dua perlawanan, Terengganu yang kini mengutip 8 mata di kumpulan G hanya perlu satu kemenangan sahaja lagi untuk mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya.

Manakala satu lagi wakil Malaysia yang beraksi di Piala AFC, Sabah FC terus menggegarkan asia dengan kemenangan besar 4-1 ke atas kelab Vietnam, Hai Phong FC.

Kini Sabah gah memimpin carta kumpulan H Piala AFC dengan mengumpul 9 mata selepas 4 perlawanan yang diharungi. Berbaki dua perlawanan, Sabah hanya perlukan satu kemenangan sahaja lagi untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya.

Kemenangan ketiga-tiga kelab ini membuktikan Liga Super Malaysia dapat menghasilkan persaingan yang baik demi kecemerlangan dan kemenangan wakil Malaysia di pentas asia.